ALUAN PENGETUA SEKOLAH PENTADBIRAN KAUNSELING PERPUSTAKAAN INFO PELAJAR ALUMNI GALERI PAUTAN HUBUNGI MAKLUM BALAS

SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH KEMUDAHAN MISI, VISI & MOTTO LAGU SEKOLAH

SMK Ahmad SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AHMAD
26600 PEKAN
PAHANG DARUL MAKMUR

COGAN KATA
Cogan KHIDMAT SETIA:
Kami sentiasa memastikan bahawa setiap pelajar sekolah ini mendapatkan pendidikan yang bermutu dan berkesan seterusnya melahirkan masyarakat yang berdisiplin ,bertanggungjawab , bersatu padu,dan berhemah tinggi melalui khidmat setia kami selaras dengan prinsip-prisip Rukun negera dan matlamat Dasar Pendidikan Negara.

LAMBANG

  • Tangga melambangkan pendakian ilmu serta peningkatan mutu pendidikan ke arah kemerlangan dan impian setiap insan.
  • Buku yang terbuka melambangkan pelbagai bidang ilmu yang sentiasa berkembang dan mesti disampaikan kepada pelajar untuk manfaat kehidupan di dunia dan akhirat.
  • Obor melambangkan semangat dan kesungguhan insane sekolah ini untuk terus berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu dan kemahiran supaya dapat dimanfaatkan bagi menerangi kehidupan ke arah kegemilangan agama bangsa dan negara.
  • Warna hijau melambangkan semua insan disekolah ini percaya kepada tuhan,bersatu hati,berjiwa murni dan patuh kepada agama,bangga kepada bangsa dan Negara.
  • Warna kuning melambangkan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AHMAD terletak di BANDAR DIRAJA PAHANG dan DYMM SULTAN PAHANG amat prihatin terhadap kemajuan dan perkembangannya.

 
 
© Hakcipta terpelihara 2008 - 2010
Laman web ini sesuai dipaparkan menggunakan Microsoft Internet Explorer 5.5 ke atas atau Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768 pixel
Penafian - Peta Halaman